Justcall Mobile

Level LG-17

10:00 AM - 10:00 PM

Justcall Mobile
JUST CALL MOBILE SDN. BHD. telah ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai salah satu peneraju dalam industri komunikasi mudah alih di Terengganu. Sejak penubuhannya, syarikat ini komited untuk menyediakan perkhidmatan jual beli telefon bimbit, pembaikan peranti, serta penawaran aksesori telefon berkualiti tinggi kepada pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam industri, JUST CALL MOBILE kini mengendalikan lima cawangan strategik di sekitar Kuala Terengganu.

Syarikat kami mensasarkan untuk menjadi pilihan utama pengguna dalam mendapatkan pelbagai jenama telefon pintar terkemuka di pasaran. Sebagai nilai tambah kepada pelanggan, setiap pembelian turut disertakan dengan hadiah percuma eksklusif (free gift) sebagai penghargaan atas sokongan berterusan mereka.

JUST CALL MOBILE SDN. BHD. terus bergerak maju dengan visi untuk memperluaskan perkhidmatan serta memperkukuhkan jenama sebagai rakan teknologi yang dipercayai oleh komuniti setempat.

Floor Plan